Monday 2 April 2012

Nitric Oxide dan Kemurungan (Depession)


Seorang rakan yang mengalami kemurungan (depression) mengalami kelegaan yang ketara selepas mengambil ProArgi9 beberapa lama. Dr Joseph Prendergast juga ada pengalaman merawat kemurungan dengan ProArgi9 dan ini boleh dilihat dalam Internet.

Carian di Google “Nitric Oxide and Depression” memberikan 4230000 hit.

Sebuah institusi penyelidikan perubatan terkenal di India (Post Graduate Institute of Medical and Research Chandigarh) telah menerbit sebuah makalah perubatan yang dengan jelas menunjukkan peranan Nitric Oxide dalam merawat kemurungan.

Salah satu jenis kemurungan yang paling berkesan dirawat dengan Nitric Oxide ialah Post Traumatic Stress Disorder (PTSD), iaitu salah satu bentuk kemurungan yang paling sukar dirawat yang disebabkan oleh trauma.

Bagaimana Nitric Oxide boleh membantu merawat PTSD?

Untuk memahami bagaimana Nitric Oxide berperanan dalam PTSD eloklah kita memahami apa yang berlaku pada individu yang mengalami trauma yang dahsyat (seperti mengalami kengerian luar biasa peperangan).
Trauma yang dahsyat akan menghasilkan apa yang disebut “memori yang tidak diproses” (unprocessed memory). “Unprocessed memory” adalah sebahagian dari sistem saraf seseorang individu yang akan sentiasa mengganggu individu tersebut; tidurnya, makannya, perangainya, kerjanya dan segala yang berkaitan dengan individu tersebut. Ini berlaku sebagai salah satu cara “unconscious mind” seseorang individu itu memelihara kebajikan (well being) individu.

Dalam perubahan masa, dengan bantuan ubat atau dengan teknik EMDR (Eye Movement Desensitisation Reprocessing), “unprocessed memories” itu akhirnya diproses dan disusun semula oleh bahagian otak yang dinamakan hippocampus. Dengan ini PTSD pun dirawat dan individu yang mengalami kemurungan PTSD akan sembuh.

Apakah bahan (neurotransmitter) yang digunakan oleh hippocampus untuk memproses memori?

Neurotransmitter utamanya ialah Nitric Oxide (NO). Jadi dengan mengambil ProArgi9, seseorang yang mengalami PTSD itu akan mempunyai cukup NO memudahkan lagi hippocampusnya bekerja memproses memori dan seterusnya sembuh dari PTSD.